Thursday, June 3, 2010

Semasa 3 - Kompleks Kediaman Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, Selangor






Perkembangan sukan Ping-Pong masakini telah menampakkan tanda-tanda positif dikalangan masyarakat Melayu, khususnya di kalangan anggota kerajaan.

Tidak dapat dinafikan Jabatan Kastam juga berperanan dalam meningkatkan perkembangan ini, selain Polis, ATM, Bomba dll. Justru itu sebagai menyahut cabaran ini di Konpleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya telah menwujudkan Kelab Ping-Pong yang mendapat seliaan dari beberapa kakitangan Kastam yang menetap di kompleks itu.

Sebagai langkah awal, beberapa meja telah di sediakan, yang sedang dalam perancangan untuk di perluaskan ruang permainan sekarang, yang hanya menempat sebuah meja. Adalah sesuatu yang membanggakan apabila melihat komitmen anggota dengan membawa sekali anak-anak kecil mereka semasa sessi latihan.

Ini memperlihatkan, tanggung-jawab digunakan sebaik mungkin dengan pendedahan awal kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, malah telah terdapat peningkatan dari segi persediaan peralatan bermain dengan pembelian bat dan getah baru, demi untuk meningkat dalam mutu permainan.

Contoh yang di tunjukan ini sedikit sebanyak memberi gambaran sukan Ping-Pong boleh dimain dan diperkembangkan dalam apa jua keadaan.

No comments:

Post a Comment