Saturday, January 2, 2010

Nolstagia 1- Era PPPSKg.Pandan

Pasukan MAKSWIP, Johan MSAK 1980, Alor Star Kedah


Era itu adalah merupakan era yang begitu indah, jika hendak imbas kembali. Penuh dengan nolstagia yang memperlihatkan komitmen setiap ahli/pemain. ini dapat dinilai dengan kesungguhan pemain pada setiap hari & waktu latihan.

Pada hari latihan selepas kerja mereka akan turun ke bas Station Klang & berjalan kaki ke jln. Silang (belakang Kompleks KotaRaya),
Dari sini akan menaiki bas mini no.20, yang apabila tiba akan dipenuhi dengan penumpang.

(Foto kanan: Suasana di Stadium Sultan Mohamed, Kota Bahru, pada Pesta Sukan Pemuda UMNO ke 2)


Mahu atau tidak terpaksa naik, berhimpit, yang kadangkala terpaksa bergayut dipintu hingga ke Pusat Sukan. Melainkan sekarang pemain-pemain memiliki kereta atau motor, tekan minyak sudah sampai ke tempat latihan. Bukan tiada pemain yang memiliki kereta atau motor, tetapi boleh dikira dengan jari. Bayangkan ketika itu, jika tidak kerana minat yang tinggi. tentulah ia tidak menjadi kenyataan.

Perit getir ketika itu dilalui dengan gembira setelah bertemu di tempat latihan, dimana mereka yang sampai dahulu akan membentangkan meja & menghidupkan lampu. Ini adalah sebahagian paparan sebahagian dari "nolstagia" itu, akan dimuatkan lagi....

Foto: Makan malam di Hotel Equatorial, 4 Januari 1980
Dari kiri: Saudara Khalid & Rubiah, Shamsuddin & Senin Ali.

Friday, January 1, 2010

Klinik 1- Ping Pong di SMK Sri Permata, PJ




Bertempat di Sekolah Menenggah Tinggi, Sri Permata Kelana Jaya, Petaling Jaya, pihak PIBGnya telah mengundang saudara Mohd Amirudin, yang merupakan salah seorang bekas pemain di PPPSkg. Pandan, untuk melatih 10 pelajar sekolah selama satu penggal persekolahan (Mei - Ogos, 2008). Latihan serta tunjuk ajar tersebut adalah sebagai menrealisasikan hasrat sekolah untuk menaikkan mutu ping-pong sekolah.

Rata-rata pelajar telah menunjukkan komitmen terhadap latihan yang diadakan sepanjang penggal. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar selepas latihan sepenggal ini akan memberi pendedahan berguna kepada pelajar-pelajar dengan meneruskan latihan agar dapat mencapai
keperingkat yang lebih tinggi.....selamat majujaya sekolah SMK Sri Permata.

Wednesday, December 30, 2009

'Tribute" untuk Tuan Syed Khalid Syed Omar


Tuan Syed Khalid Syed Omar adalah merupakan seorang jurulatih sukan di Kementerian Belia & Sukan ketika itu (1978). Sebagai jurulatih sukan beliau mempunyai kepakaran & kemahiran dalam melatih atlet. Minat beliau dalam sukan ping-pong telah membawa peningkatan kepada beberapa pemain Melayu ketika itu dengan tertubuhnya

PPPSkg.Pandan.Dalam jangkamasa sepuluh tahun (1978-1988) beliau telah berjaya mengembangkan sukan ping-pong dikalangan kaum Melayu secara langsung atau tidak.


(Foto kiri: kiri, Mohd Amirudin kanan: Tuan Syed Khalid Syed Omar, ini adalah satu satunya foto yang terdapat dalam simpanan kami yang menunjukan imej beliau yang dirakam sekitar tahun 1981 di Jetty Tun Uda, Pulau Pinang. Di mohon siapa yang masih lagi menyimpan foto beliau , dapat menghubungi kami).


Tidak dapat dinafikan, kecemerlangan ini di teruskan oleh pemain-pemain atau bekas-bekas pemain yang bertindak sebagai pengerak kepada sukan ini pada masakini. Jasa besar beliau begitu tidaklah dapat dinilai dan jika beliau masih ada sehingga kini, tentulah beliau akan merasa bangga dengan hasil yang telah beliau tinggalkan. Kami sebagai pemain-pemain yang pernah mendapat tunjuk ajar darinya merasa amat terhutang budi dan juga kehilangan besar atas kembalinya ke rahmahtullah pada tahun 2004, Al-Fathihah.

Tuesday, December 29, 2009

Kesinambungan 2- Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Maluri

Kampong Pandan sekali lagi menyaksikan kewujudan satu lagi kelab Ping-Pong, khusus untuk kaum Melayu iaitu Kelab Sukan & Rekreasi Taman Maluri.

Walaupun ia terletak di Taman Maluri, berjiran dengan Kg. Pandan tetapi boleh dikatakan kelangsungan ini adalah merupakan kesinambungan dari PPPSkg. Pandan dengan terdapatnya dua bekas pemain dari PPPkg.Pandan yang bergerak aktif (saudara Ahmad & Shamsudin). Kita mengharapkan kewujudan ini akan menyemarakan sukan ping-pong dikalangan Melayu, yang selama ini terpinggir namun kebelakangan ini dengan terdapatnya dua pemain Melayu dalam skuad kebangsaan, akan sedikit sebanyak dapat meningkatkan penglibatan Melayu dalam sukan yang suatu ketika di monopoli oleh kaum Cina. (Foto atas: Saudara Arif, Amir, Shamsudin, Tarmizi & Ahmad)

Ini ditambah kemeriahannya dengan ura-ura pemansuhan kategori "Perpaduan" dalam kejohanan kebangsaan dimasa akan datang. Telah sampai masanya pemansuhan ini dilaksanakan, kerana rata-rata mutu sukan Ping-Pong dikalangan Melayu nampak telah meningkat, walaupun kita masih dapati sukan yang "warnai" dalam negara kita seperti bolasepak & sepak takraw-Melayu, bolakeranjang & ping-pong-Cina, mudah-mudahan sinario ini akan berubah.