Tuesday, January 5, 2010

Nolstagia 2- Era "Non-Chinese" Kebangsaan

Tidak dapat dinafikan, begitu ramai bekas-bekas pemain yang masih lagi bergiat sehingga kini. Sedari atau tidak PPPSKP pada kebanyakan pemain adalah merupakan tempat yang asas bagi mereka untuk mengenali ping-pong.
Namun terdapat beberapa pemain yang sememangnya telah mengenali dan bermain ping-pong sebelum mereka datang ke PPPSKP yaitu mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur.

Di antara mereka saudara Ahmad Nordin & Mohd Amiruidin(Perak), Zainol Abidin(Kedah) dan beberapa pemain lagi.
Foto atas: Belakang, Ciprano Herera, Mohd Amirudin, Ahmad Nordin, Zainol Abidin & Toni Herera. Hadapan, Razali Yatim, Kassim & Mohd Nor) Mereka-mereka ini telah mewakili negeri masing-masing dalam kategori "Non-Chinese" di kejohanan kebangsaan, sebelum datang ke Kuala Lumpur, sekali gus bergiat di PPPSKP.
Terdapat beberapa nama-nama hebat ketika itu yang mewarnai kejohanan "Non-Chinese" di peringkat kebangsaan, mereka ialah:

1. Kedah, saudara Azizan Majid, Muhid
2. Pulau Pinang, saudara Shahul Hamid, Mohd Jirin, Peter Cornelius & Ramli
3. Perak, saudara Hashim, Najmuddin,
Tharmizi & lain-lain
4. Selangor, kami yang bergiat di PPPSKP
5. N. Sembilan, adik beradik Herera (Ciprano & Toni) dan Kassim
6. Melaka, Amran Tawab & rakan-rakan
7. Johor, Wadi bersaudara
8. Pahang,
9. Trengganu,
10.Kelantan, dimulai dengan Tengku Baharudin, Roslan Yahya, Mohd Rosdi, Ahmad Jennah & Kamal.

Dalam rekod, persaingan yang hebat adalah antara P. Pinang & Selangor. Pernah pertarungan di antara kedua pasukan ini berlarutan hingga ke jam 2.00am di Stadium Chinwoo (1982). Kepada saudara Shahul, Jirin & Peter...terima kasih kerana menwujudkan sebuah "memori" indah ini.