Kemeriahan pesta ini sangatlah meriah serta hebat, tetapi jangka hayatnya begitu singkat, (1979-1984) yang diadakan dua tahun sekali. Keberkesanannya dapat di rasai kepada bekas-bekas pemain yang pernah menyertai pesta ini, seperti di Kota Bahru, Kuala kangsar dll.
Tidak dapat di nafikan pesta ini telah dapat melahirkan ramai pemain-pemain yang sekarang telah mengembangkan sukan ping-pong dikalangan Melayu.
Sebelum pesta diperingkat kebangsaan diadakan, pusingan diperingkat negeri diadakan, walaupun ia hanya diperingkat negeri, tetapi cukup meriah. Pesta ini berlangsung bersama-sama dengan sukan lain, seperti bolasepak, badminton, olahraga dll.
Semoga pesta ini, suatu hari nanti dapat diteruskan
Saturday, January 16, 2010
Nolstagia 4- "Tour" ke Utara & Selatan

Sebahagian dari aktiviti PPPSKg. Pandan ialah untuk meningkatkan prestasi pemain-pemain. Perancangan ini disusun dengan baik oleh Tn. Syed Khalid dengan mengadakan sessi "tour" ke utara tanah air, iaitu ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, manakala di selatan pula ialah ke negeri Johor, (1978-1983)
(Foto atas: sebahagian dari pemain yang menyertai tour ini, Khalid, & Zainol ).
Sessi ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada pemain-pemain, dalam rangka lawatan ini, perlawanan persahabatan telah di adakan di negeri yang telah disebut tadi.
Pahit maung perjalanan yang memakan masa, dengan kesukaran "jalan" lama amatlah terasa, kerana ketika itu lebuhraya "plus" belum ada lagi.
Namun semua kesukaran ini dilalui dengan sabar, demi minat terhadap sukan ping-pong.
Wednesday, January 13, 2010
Nolstagia 3- Era "Perpaduan" Kebangsaan

Format ini juga diwar warkan akan ditamatkan pada tahun hadapan, bertepatan dengan senario ping-pong masakini yang kelihatan, begitu meriah dikalangan Melayu. Mudah-mudahan ia akan berterusan dengan lahirnya ramai pemain-pemain muda & kelab-kelab ping-pong Melayu.
(Foto atas: barisan pemain-pemain "Perpaduan" di podium)
Subscribe to:
Posts (Atom)