
Sebahagian dari aktiviti PPPSKg. Pandan ialah untuk meningkatkan prestasi pemain-pemain. Perancangan ini disusun dengan baik oleh Tn. Syed Khalid dengan mengadakan sessi "tour" ke utara tanah air, iaitu ke Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, manakala di selatan pula ialah ke negeri Johor, (1978-1983)
(Foto atas: sebahagian dari pemain yang menyertai tour ini, Khalid, & Zainol ).
Sessi ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan kepada pemain-pemain, dalam rangka lawatan ini, perlawanan persahabatan telah di adakan di negeri yang telah disebut tadi.
Pahit maung perjalanan yang memakan masa, dengan kesukaran "jalan" lama amatlah terasa, kerana ketika itu lebuhraya "plus" belum ada lagi.
Namun semua kesukaran ini dilalui dengan sabar, demi minat terhadap sukan ping-pong.
No comments:
Post a Comment