Wednesday, February 3, 2010

Analisa 4 - Ping Pong, Sukan yang hebat untuk ditonton.

Rali yang pendek!
Adakah ia merupakan satu masalah!, tentulah kita akan menemui kehampaan melihat pertandingan atau perlawanan kelas rendah atau sebagainya. Ibarat kita melihat kelab bolasepak dalam liga Malaysia dengan EPL. Barangkali kita tersalah tafsir, kita perlukan kelab atau pemain-pemain bertaraf "EPL". Maka dari sini segala langkah perlu di mulakan, jika Ping Pong perlu di "Revolusinisekan" dan dinaik taraf, dengan setiap pemain "Beginner" di beri pendedahan tentang peralatan dan tunjuk ajar yang betul, agar apabila mereka menempuh tahap "intermediate" Ping Pong akan dilihat seperti "Advance" seterusnya akan keperingkat "Expert/Pro".

Walau apa pun pandangan umum, maka adalah menjadikan "misi" semua pencinta sukan ini, agar sukan Ping Pong dimainkan dengan benar-benar "up-to-date" dari segala aspek dan bukan lagi sebagai sukan murahan yang dimainkan di bawah-bawah bangunan, dengan peralatan bat dan getah yang ringkas, yang tidak mencerminkan sukan ini yang sebenar.
bersambung

Analisa 3 - Ping Pong, Sukan yang hebat untuk ditonton.

Terlalu rumit! adakah benar Pong Pong adalah satu sukan yang terlalu rumit. Apabila sukan ini diperkenal dalam temasya sukan Olimpik, kita mula dapati Ping Pong dengan pemain-pemain bertaraf dunia beraksi, ia memiliki star atau superstarnya dengan pasarana terbaik diperingkat dunia serta kejohanan besar & hebat dimain diserata dunia, ITTF tidak ubah seperti FIFA.

Maka dari sini telah terserlah aksi sebenar seperti di atas, kerana ia bukanlah seperti tanggapan setenggah orang yang ia membosankan dengan strok atau rali yang pendek, terutama servis yang tidak berjaya di ambil atau hanya sekadar mainan di bawah apartmen & garaj kereta semata-mata. Pada pandangan saya, apabila kita menggunakan peralatan yang betul dengan tunjuk ajar "Jurulatih" yang berpengalaman, setelah servis dapat di ambil dan rali dan strok yang berlanjutan, maka dari sinilah Ping-Pong akan menjadi menarik lantas ke tahap smash dan lob yang berterusan!.

Pengetahuan ini akan membantu, mereka mencintai sukan ini.
bersambung...

Analisa 2 - Ping Pong, Sukan yang hebat untuk ditonton.

Saya terbaca satu artikel dalam satu blog "Mengapa Ping-Pong, sukan yang teruk untuk ditonton". Keesokannya saya dapati ada beberapa orang setuju dengan penulisan artikel itu. Saya secara pribadi tidaklah bersetuju, kerana ia adalah sukan kegemaran saya. Soalnya adakah saya terasa sedikit bias!.

Apabila orang mendapat tahu yang saya bermain Ping-Pong, mereka akan mengatakan "Wow, saya gemar melihat pemain berada 10' dari meja dengan smash & lob yang bertalu talu". Persoalannya, tidak ramai yang dapat menyaksikan aksi ini di kaca TV atau sebagainya. Terdapat sukan bola sepak, tenis, golf, bola keranjang, lumba kereta dll.
bersambung...