Friday, August 13, 2010

Semasa 5, Akademi Werner Schlager akan menetapkan "standard" piawaian yang baru.

Hanya 7 kilometer dari Wien, di tengah Eropah, kerja-kerja terakhir sedang dijalankan untuk memberi laluan kepada Akademi Werner Schlager, satu nama yang tidak asing dalam dunia sukan Ping-Pong, (Johan dunia 2003, Paris). Selepas pembukaan pada pertegahan musim panas 2010, ia akan menjadi Pusat Latihan Ping Pong di peringkat antarabangsa, seterusnya menjadi pemangkin kepada kenaikan sukan Ping Pong Eropah.

Difahamkan, kos yang menelan perbelanjaan sebanyak 46.2 juta Euro ini, mengandungi satu dewan untuk latihan Ping Pong sahaja yang boleh memuatkan 30 meja. Ini ditambah dengan pusat dewan Hi-Tech pelbagaiguna untuk acara Kejohanan Eropah, di samping restoran, institut sain sukan, pusat fitnes, tempat istirehat pemain, pejabat dan supermarket.

Berita terbaru, terdapat beberapa pakar-pakar serta jurulatih hebat dalam dunia Ping Pong telah menyuarakan keinginan untuk menabur bakti di Akademi ini, sama sama kita nantikan satu mercu tanda serta ikon terbaru dalam sukan Ping Pong ini.

Persoalanya, bilakah kita dapat melihat, akademi yang seumpama itu akan terbina dan dimanakah status sukan Ping-Pong di negara kita sekarang!

http://www.tabletennis.gr/index.php?option=com_content&view=article&id=508:werner-schlager-academy-will-set-a-new-standard-&catid=12:news&Itemid=24