



Foto-foto kenangan suasana di Pusat Sukan Kg. Pandan
Kelab-kelab Ping Pong Melayu yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ketika ini memberi tanda positif kearah kemajuan sukan ini dikalangan masyarakat Melayu, sekaligus sukan Ping-Pong dan kepada negara.
Seperkara yang kita ketahui, peningkatan permainan ping-pong dikalangan Melayu masakini bukanlah perkara baru, di akhir tahun 70an (1978) telah wujud kelab ping-pong di Pusat Sukan Kg. Pandan. Pusat Sukan Kg. Pandan adalah merupakan antara kelab ping-pong Melayu yang terawal di Lembah Klang, walaupun sebelum ini telah wujud kelab ping-pong di Kg. Baru (warong Suraya).
Kewujudan PPPSkg. Pandan, yang dipelupori oleh seorang jurulatih sukan dari Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan, iatu saudara Syed Khalid Syed Omar, adalah merupakan kelab ping-pong yang lebih tersusun & sistematik, yang seumpamanya dikalangan kelab ping-pong Melayu. Beliau telah mengubah senario sukan ping-pong dikalangan Melayu ketika itu.
Beliau yang begitu komited telah berjaya mencorak struktur latihan ping-pong ketika itu dengan memasukan beberapa sukatan latihan secara sistematik berpandukan sukatan latihan Kementerian, ini adalah kerana sebagai jurulatih Kementerian beliau telah menjelajah ke serata negara, dengan menghadiri seminar dan perbincangan diperingkat antarabangsa dalam sukan ini. Segala buah fikiran dan pendekatan yang berguna dibawa dan dipraktikkan di Pusat Sukan Kg. Pandan. PPPSKg.Pandan telah berkembang dengan pesat. Ini ditambah dengan beberapa kemudahan ping pong yang di tambah dan di naik taraf, seperti Stiga Robot dan "fitness mechine" yang di impot dari German.
Kemasyuran PPPSKg. Pandan, telah mengundang & menarik ramai peminat & pemain ping-pong dari segenap Lembah Kelang, seperti Klang, Shah Alam, Selayang, Cheras, Gombak dll. untuk datang bagi menimba ilmu & pengetahuan dalam sukan ini.
Kita tidak hairan, hari ini kita telah mendapat buah dan hasilnya dengan kemunculan Mohd Syakirin & pemain-pemain lain yang sedang meningkat, dimana ketika itu saudara Ibrahim telah mengorak langkah berjinak-jinak dengan PPPSKg.Pandan, justru berjaya melatih anaknya keperingkat yang ada sekarang, setinggi tahniah kepada saudara Ibrahim, diharap laluan ini akan dilalui bersama oleh pemain-pemain yang lain.