Saturday, February 13, 2010

Klinik 2 - Klinik Ping Pong Remaja Meru, 2010










           Klinik Ping-Pong Remaja Meru dengan kerjasama PPPSkg.Pandan, yang julong-julong kali diadakan di Meru ini telah menarik penyertaan lebih kurang tujuh puluh peserta yang merangkumi pelajar sekolah kebangsaan Meru dan juga peminat ping-pong yang terdiri dari bapa-bapa pelajar.

           Meru, yang merupakan sebuah bandar berhampiran Klang ini juga mendapat kunjungan Adun kawasan untuk sama-sama turun padang, dengan memberi semangat serta kata-kata perangsang kepada peserta untuk pergi jauh lagi, terutama kepada para remaja, dalam sukan ini.

           Adalah menjadi harapan PPPSkg. Pandan untuk bekerjasama dengan dengan mana-mana badan-badan atau persatuan ping-pong untuk menaikkan mutu permainan sukan ini pada masa hadapan.

Monday, February 8, 2010

Semasa 1 - Pertandingan Ping-Pong, Menteri Side Spin kali ke-5 2010


Pertandingan yang diadakan dalam dua kategori ini menampakkan peningkatan dari jumlah penyertaan dan juga keputusan. Kemajuan sukan ini telah memberi satu pertanda, bahawa sukan ini semakin berkembang pesat dengan jumlah penyertaan yan semakin meningkat, dimana terdapat lebih dari penyertaan dari sebuah kelab.

Bukan itu sahaja, malah terdapat penyertaan dari kaum Cina. Ini bolehlah dikatakan bahawa sukan ini telah diterima dengan sangat luas dikalangan kaum Melayu. Kita memerlukan satu petanda aras, untuk mengukur kemampuan sebenar peningkatan ini.
Melahirkan seorang juara diperingkat kebangsaan merupakan salah satu, tetapi lebih jauh lagi seorang atlit Melayu perlu pergi dengan lebih jauh lagi!.

Pemegang pingat emas diperingkat sukan SEA, atau Komenwel, jika sukan Asia tu....boleh tundukkan China!...terlalu, tetapi tidak mustahil.