Saturday, May 22, 2010

Semasa 2 - Perjumpaan Pemain-Pemain, sempena AGM KSSRKN, Selesa Resort, Bkt. Tinggi, Pahang








          Satu perjumpaan dengan pemain-pemain yang pernah melibatkan diri dalam Sukon, anjuran KSSRKN telah diadakan, sempena AGM kelab di Selesa Resort, Bkt. Tinggi, pada 15-16, Mei 2010.

          Tujuan utama perjumpaan ini ialah untuk mengiratkan kembali silatulrahim antara pemain yang telah lama tidak bertemu, kerana pembatalan Sukon'09. Perjumpaan yang dihadiri oleh saudara Muhamad Majid, Rosli Yaacob, Mahdi Shafei, begitu juga dari cawangan Kuantan Badrul Hisham Harun, Ku Zainora dlln. telah menampakan bahawa Sukon'09 yang tidak berjaya diadakan, tetap semangat untuk memertabatkan sukan Ping-Pong.

          Kesempatan sempena AGM KSSRKN, digunakan dengan sebaik mungkin, untuk perjumpaan ini dengan acara "memanaskan" badan diadakan, walaupun menghadapi masalah ruang dan kawasan pada permulaanya.

          Harapan agar ikatan ini akan berterusan, walaupun sebahagian besar pemain akan melangkah ke alam persaraan.

No comments:

Post a Comment