Proses pembelajaran, tidak akan putus, walaupun menjangkau usia dan masa. Inilah yang cuba diutarakan, apabila dalam mencari "bat dan getah" yang sedang digunakan, yang bermaksud mencuba yang baru "jenama dan kesan baru", di kedai yang menjual peralatan sukan Ping-Pong, kadangkala tanpa diduga akan bertemu dengan kawan atau kenalan lama, yang sekaligus mengimbau kenangan lama.Inilahlah berlaku, kesempatan bertemu dengan "Botak" Lim Chin Leong, seperti gelaran di era kegemilangan beliau, telah dapat bicarakan dan diutarakan kembali. Beliau merupakan, satu, satunya pemain Malaysia yang berjaya memperolehi pingat "Emas" acara persaorangan di Sukan Sea, dimana tiada lagi pemain Malaysia yang berjaya memperolehinya, baik dalam persaorangan mahupun beregu.
Bilakah, agaknya penantian Malaysia, akan berakhir di Sukan Sea, setelah Bolasepak berjaya melakukannya. Inilah penanda aras kemajuan mutu sukan Ping-Pong negara, kita fikirlah sendiri!...
"Friendly" Ping Pong diadakan hari ini, di Au3 Keramat ini sebenarnya tidak dirancang ,walaupun begitu ia telah di jalankan dengan baik. Banyaklah tip-tip yang dipelajari oleh kedua-dua pihak, meskipun kemenangan atau kejayaan bukan ukuran sebenar sesuatu perlawanan persahabatan.
Kedua-dua pasukan yang berada dijarak yang jauh dapat didekatkan hasil daripada minat yang mendalam dalam sukan Ping Pong. Pengalaman yang lama dicurahkan kepada yang muda, yang baru berjinak-jinak dengan Ping Pong dapat melihat "aura" sebenar sukan ini, walaupun ia bukanlah dilevel yang tinggi.
Harapan, semoga ia dapat di adakan dimasa hadapan dengan suasana yang lebih meriah.
Dari kiri: Rosli (Meru), Mohd Zaki dan Ahmad Nordin
Dari kiri: Saudara Amran Tawab(Melaka), Sulaiman dan Ahmad Nordin
Kadangkala didalam kehidupan, kita perlu usaha sidikit untuk mengembalikan "nolstagia".Ini dapat dijalin kembali hasil pertemuan dengan beberapa pemain-pemain lama yang terlibat di era PPPSKP dahulu, diantaranya saudara Mohd Zaki, Hashim Daud dan Sulaiman.
Alhamdulillah pertemuan singkat di MAKSAK 2010 hari telah membuahkan hasil dengan rancangan untuk mengadakan "REUNION". Semoga hasrat ini akan terlaksana dengan kejayaan menghubungi mereka-mereka yang pernah terlibat di PPPSKP.
Dari kiri: saudara Shamsudin, Rosli Yacob(Meru), Ahmad Nordin, & Zulkifli.
Alhamdulillah! walaupun menghadapi beberapa halangan, akhirnya pertemuan ini dapat direalisasikan, yang diadakan di destinasi biasa, di Bandar Baru Sentul, tempat kediaman saudara Zulkifli, telah di sertai oleh saudara Rosli Yacob. Beliau merupakan Ajk Bengkel Ping Pong Meru, dimana kami sempat mengadakan aktiviti tersebut tidak lama dulu.
Semoga dengan kehadiran beliau, yang sempat meluangkan masa yang begitu jauh, sedikit sebanyak dapat memeriahkan pertemuan yang begitu agak lama tidak diadakan.
Semoga pertemuan ini dapat diteruskan lagi dalam suasana yang lebih ramai dan bermakna lagi.
Semasa melintasi perkarangan "Bazaar Ramadhan" yang semakin sibuk sekarang, dimana pembeli-pembeli yang rakus berkeliaran, mencari juadah berbuka yang kelihatan tidak cukup tangan dan peniaga yang lantang melaung/mempromosikan makanan, saya terpandang kearah sebuah sekolah swasta, Sri Nobel.
Sekolah ini menawarkan persekolahan "lower primary dan higher primary" khas untuk sekolah rendah, maka saya mengambarkan betapa baiknya jika pelajarnya di ajar bermain sukan Ping-Pong. Jangka usia 7 adalah merupa usia yang dikira paling ideal untuk mengenali sukan ini.
Dalam memerhatikan pesekitarannya saya terlihat juga dewannya yang indah, lengkap dengan peralatan "Jimnastik", dengan infrastrukturnya yang sebegini hebat, tidak mungkin sukan Ping-Pong tidak di minati oleh pelajar-pelajarnya. Saya cuba menghubungi pejabat pengurusannya, untuk membuat temu janji untuk mengusulkankan cadangan, seperti berikut:
TABLE TENNIS PROPOSAL
(Budget and Syllabus)
Table Tennis is one of the fast growing sport, which was played in almost every country, as it made it entry in Olympic game in 1988 Summer Olympics in Seoul, South Korea.
Recommended to start early, with the most important rules to learn, how to score and umpire matches, grip types, playing styles, how to choose the first racket/bat then the most important part, all about spin and how to play the right basic strokes. Table Tennis is truly sport of all ages.
For beginners (Level 1)
1.Introduction to Table Tennis (Basic)
-Types of strokes (demo)
-Types of spins
2.Ball control
-Ball bound
-Ball hitting
Introduction to types of strokes will be applied gradually until level 2.
Before reaching to level 2, it is suggested that, the consistency in ball control to demonstrate to the students is important, in other word, the instructor need a partner to execute the various basic strokes for understanding. Thus, its suggested two instructors is needed at this level 1, with the fees of:
One hour fee for 1 instructor RM50.00 x 2 = RM100.00
Thank you
Prepared by:
Mohd Amirudin Rasid
3 September 2010
Persoalannya, adakah yuran ini sesuai/menepati atau tidak dan sama-sama kita fkirkan dengan sukatan pelajarannya seperti diatas. Saya sedang menunggu jawapannya dari pihak sekolah ketika penulisan blog ini.
Stor di jadikan tempat permainan, walaupun meja bermutu.
Kita telah membicarakan status sukan Ping-Pong dengan memaparkan Akademi Werner Schlager yang didalam pembinaan di Austria, namun apabila kita nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, jangan dipandang dengan sebelah mata sahaja.
Apa tidaknya, foto-foto yang dipaparkan adalah merupakan sebahagian dari pemandangan biasa di tempat-tempat sukan Ping-Pong dimainkan, dengan keadaan sebegini dari segi metaliti dan kefahaman sebahagian dari masyarakat kita terhadap sukan ini, wajarkah ia dapat dimertabatkan seperti Akademi jika masih ada pihak-pihak yang masih memimpikannya.
Hanya 7 kilometer dari Wien, di tengah Eropah, kerja-kerja terakhir sedang dijalankan untuk memberi laluan kepada Akademi Werner Schlager, satu nama yang tidak asing dalam dunia sukan Ping-Pong, (Johan dunia 2003, Paris). Selepas pembukaan pada pertegahan musim panas 2010, ia akan menjadi Pusat Latihan Ping Pong di peringkat antarabangsa, seterusnya menjadi pemangkin kepada kenaikan sukan Ping Pong Eropah.
Difahamkan, kos yang menelan perbelanjaan sebanyak 46.2 juta Euro ini, mengandungi satu dewan untuk latihan Ping Pong sahaja yang boleh memuatkan 30 meja. Ini ditambah dengan pusat dewan Hi-Tech pelbagaiguna untuk acara Kejohanan Eropah, di samping restoran, institut sain sukan, pusat fitnes, tempat istirehat pemain, pejabat dan supermarket.
Berita terbaru, terdapat beberapa pakar-pakar serta jurulatih hebat dalam dunia Ping Pong telah menyuarakan keinginan untuk menabur bakti di Akademi ini, sama sama kita nantikan satu mercu tanda serta ikon terbaru dalam sukan Ping Pong ini.
Persoalanya, bilakah kita dapat melihat, akademi yang seumpama itu akan terbina dan dimanakah status sukan Ping-Pong di negara kita sekarang!
(Ahli pasukan Cawangan Ibu Pejabat & Petaling Jaya:
Mohammed Fadhli Abdul Majid, Muhammad Majid, Mahdi Shafei, Rosli Yacob, Zainal Abidin, Roziana Sharani, Sarina Sharani & Normaziah Zaimi)
Sejak berlangsungnya temasya sukan Kontena Nasional, di serata cawangan syarikat Kontena Nasional Bhd, temasya yang di adakan di Bangi adalah merupakan yang terbaik, yang pernah KSRKN (Kelab Sukan, & Rekreasi Kontena Nasional) anjurkan.
Walaupun temasya ini telah tiga tahun berlalu dan pengajuran seterusnya masih samar, kerana pertukaran pucuk pimpinan, namun temasya yang di adakan di Bangi adalah merupakan kemuncak temasya Sukon. Ini adalah kerana terdapat perbagai acara di pertandingkan, termasuklah sukan Ping-Pong yang memberi saingan yang cukup "Hebat"
Sukan Ping-Pong adalah merupakan sukan tradisi yang tidak pernah ketinggalan diadakan, di JB, Kuantan dll. cawangan. Cawangan Ibu Pejabat & Petaling Jaya adalah juga merupakan cawangan yang tidak pernah tercicir dari menjuarai acara ini. Semoga sketsa foto-foto yang paparkan ini memberi sedikit sebanyak mengimbau kenangan itu.
Foto atas: Finalis kejuaraan terbuka di antara Mohd Syakirin & Kia Beng
Sekali lagi warga ibu kota dapat menyaksikan aksi peserta sukan Ping-Pong beraksi, kali ini anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Taman Maluri, yang berlangsung di Dewan Badminton Cheras.
Kejohanan yang dibahagikan kepada kategori terbuka, ekspert & novis ini sedikit sebanyak telah dapat menarik penyertaan yang memberangsangkan. Adalah diharapkan, hasil dari kejohanan ini akan muncul bakat serta pemain baru yang dapat di ketengahkan keperingkat yang lebih tinggi.
Sekali lagi tahniah kepada Kelab Sukan & Rekreasi Taman Maluri, diatas penganjuran kejohanan ini.
Foto kenangan tahun 1974, di P.S.P. No.5. Sungai Senam, Ipoh, Perak. Disinilah segala permulaan penglibatan dalam sukan Ping-Pong bermula dengan penglibatan beberapa orang anggota P.S.P No.5 dan berapa orang belia, sebuah meja dalam sebuah bilik kecil yang di lintangkan: Dari kiri: Saudara Ahmad Nordin, Ah Chong, Ah Yam, saudara Hashim Bahari, En. Najmuddin.
Perkembangan sukan Ping-Pong masakini telah menampakkan tanda-tanda positif dikalangan masyarakat Melayu, khususnya di kalangan anggota kerajaan.
Tidak dapat dinafikan Jabatan Kastam juga berperanan dalam meningkatkan perkembangan ini, selain Polis, ATM, Bomba dll. Justru itu sebagai menyahut cabaran ini di Konpleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya telah menwujudkan Kelab Ping-Pong yang mendapat seliaan dari beberapa kakitangan Kastam yang menetap di kompleks itu.
Sebagai langkah awal, beberapa meja telah di sediakan, yang sedang dalam perancangan untuk di perluaskan ruang permainan sekarang, yang hanya menempat sebuah meja. Adalah sesuatu yang membanggakan apabila melihat komitmen anggota dengan membawa sekali anak-anak kecil mereka semasa sessi latihan.
Ini memperlihatkan, tanggung-jawab digunakan sebaik mungkin dengan pendedahan awal kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, malah telah terdapat peningkatan dari segi persediaan peralatan bermain dengan pembelian bat dan getah baru, demi untuk meningkat dalam mutu permainan.
Contoh yang di tunjukan ini sedikit sebanyak memberi gambaran sukan Ping-Pong boleh dimain dan diperkembangkan dalam apa jua keadaan.
Satu perjumpaan dengan pemain-pemain yang pernah melibatkan diri dalam Sukon, anjuran KSSRKN telah diadakan, sempena AGM kelab di Selesa Resort, Bkt. Tinggi, pada 15-16, Mei 2010.
Tujuan utama perjumpaan ini ialah untuk mengiratkan kembali silatulrahim antara pemain yang telah lama tidak bertemu, kerana pembatalan Sukon'09. Perjumpaan yang dihadiri oleh saudara Muhamad Majid, Rosli Yaacob, Mahdi Shafei, begitu juga dari cawangan Kuantan Badrul Hisham Harun, Ku Zainora dlln. telah menampakan bahawa Sukon'09 yang tidak berjaya diadakan, tetap semangat untuk memertabatkan sukan Ping-Pong.
Kesempatan sempena AGM KSSRKN, digunakan dengan sebaik mungkin, untuk perjumpaan ini dengan acara "memanaskan" badan diadakan, walaupun menghadapi masalah ruang dan kawasan pada permulaanya.
Harapan agar ikatan ini akan berterusan, walaupun sebahagian besar pemain akan melangkah ke alam persaraan.
Klinik Ping-Pong Remaja Meru dengan kerjasama PPPSkg.Pandan, yang julong-julong kali diadakan di Meru ini telah menarik penyertaan lebih kurang tujuh puluh peserta yang merangkumi pelajar sekolah kebangsaan Meru dan juga peminat ping-pong yang terdiri dari bapa-bapa pelajar.
Meru, yang merupakan sebuah bandar berhampiran Klang ini juga mendapat kunjungan Adun kawasan untuk sama-sama turun padang, dengan memberi semangat serta kata-kata perangsang kepada peserta untuk pergi jauh lagi, terutama kepada para remaja, dalam sukan ini.
Adalah menjadi harapan PPPSkg. Pandan untuk bekerjasama dengan dengan mana-mana badan-badan atau persatuan ping-pong untuk menaikkan mutu permainan sukan ini pada masa hadapan.