
Hasilnya, terdapat lima kumpulan yang pemain-pemain terpaksa bersaing secara perlawanan round robin. Ini adalah untuk memastikan tahap kecerdasan & mutu permainan meningkat dengan adanya semangat kompetitif ini.
Secara ringkas:

Sessi latihan harian bermula pada jam 5.00ptg. Mereka yang hadir dahulu akan memulakan larian di trek balapan dengan sessi memanaskan badan, sebelum kembali ke dewan diketika itu dapat memuatkan empat meja dengan suasana yang amat sesuai dengan permainan Ping Pong, kerana segala keperluan dan peralatan adalah dari Kementerian, dimana pemain-pemain hanya perlu membawa peralatan sendiri sahaja. Latihan strok atau drill mengikut kaedah latihan antarabangsa yang diperkenalkan oleh Syed Khalid amatlah berkesan, dengan peningkatan dan corak permainan yang dipamerkan oleh pemain-pemain yang hadir.
Apabila, selepas ma

Dimasa ini perlawanan round robin bermula dengan semaua pemain dapat bertemu dengan pemain yang lain, serta dapat mengukur kemampuan masing-masing. Kerancakan ini akan mulai perlahan, dengan pemain-pemain mulai balik sekitar jam 11.00pm, malah masih ramai yang tidak sedar esok adalah hari kerja. Kerangcakan ini tidak berakhir di sini sahaja, malah berpanjangan di warung makan dengan keenakan ABC Everest.
Sessi latihan hujung minggu bermula dengan para pemain memberi nama, justru menempah bilik-bilik yang terdapat diketika itu diPusat, untuk penginapan satu hari. Penginapan ini hanya kepada mereka yang tidak kesempatan untuk me

Latihan pagi Sabtu & Ahad itu dimulai dengan Syed Khalid akan mencatit masa larian di sekeliling Pusat. Catitan itu amat penting, untuk memastikan peningkatan kecergasan stamina.
Selesai sarapan pagi, pemain-pemain kedewan, dengan segala aturan latihan kecergasan berikut me

Sesuatu yang unik dimasa dan ketika itu, ialah para pemain hanya bercakap atau berbual dalam satu bahasa sahaja, iaitu bahasa 'PING PONG'. Ini adalah kerana segala aspek perkara yang bersangkutan dengannya di bahas & di bincangkan, umpama forum tidak rasmi.
Kalaulah komitmen sebegini boleh diteruskan lagi..... Maka akan lahirlah banyak pemain Melayu seperti Syakirin
ReplyDeletebasir UKM
Salah satu objektif pppskp adalah, satu ketika nanti akan lahir seorang Juara dikalangan Melayu diperingkat kebangsaan, Alhamdulillah!, berjaya juga, walaupun bukan dari generasi kami...tahniah untuk saudara Ibrahim. Akan komitmen itu kami harap dapat diteruskan, walaupun berbeza era.
ReplyDelete