Saturday, February 15, 2020

Semasa 22. Menghadiri majlis perkahwinan anak Mohd Yusof Yahaya, 8 Februari 2020 di bandar Tun Husein Onn, Cheras.


    Baris belakang: Ahmad, Amir, Wan. 
    Baris hadapan: Jagindas, Malek Taib, Yusof Yahaya, Zulkifli & Kamal
    
   

    Atas:Zulkifli, Malek Taib, Amir & Ahmad 
            (Pertemuan sebelum keMajlis Perkahwinan di UTC Sentul)

Majlis Perkahwinan yang  berlangsung pada 8 Februari 2020 di bandar Tun Husein Onn turut di hadiri oleh pemain - pemain otai 70'an, era NON Chinese, UMNO Malaysia . hingga kini.

Walaupun masing-masing dalam kesibukan namun dalm kesempatan yang tidak selalu menjelma ini di ambil kesempatan untuk bertemu dan bertanya khabar. Insyallah selepas ini ada sebilangan akan ke MIsi Ber Ping Pong ke Bandung, selamat pergi dan kembali di ucapkan. 

Saturday, December 14, 2019

Semasa 21 - Dapatkah di ujudkan Kelab Ping-Pong diMasjid Al-Hidayah, Kelana Jaya.


Pengemar-pengemar Ping-Pong di perkarangan masjid di sebelah petang, setelah solat Asar.

          Pada 6 Oktober 2019(Ahad), sempat saya merakam suasana keadaan di Masjid al-Hidayah, yang merupakan antara masjid dalam kariah Kelana Jaya. Keadaan yang tidak menjadi kebiasaan dalam permainan Ping-Pong, namun dapat di mengertikan bahawa inilah suasana bagi kita, apabila mula berjinak dengan sukan ini di awal dulu.

          Terpanggil saya untuk melibatkan diri, tetapi ia adalah merupakan satu misi yang bukan sedikit, apabila pernah dahulu menwujudkan kelab Ping-Pong untuk pelajar kolej Swasta.

          Hanya keadaan dapat menentukan, kerana di usia dan tahap kesihatan terkini akan menentukan.

Semasa 20 - Yang Jauh didekatkan.

       

    Antara dari group Kerinci 8H, Ping-Pong Kontena Nasional dan UTC/Ping-Pong 
    Kg. Pandan yang hadir.




       Bertempat di Dewan Secita, pada hari Sabtu, 7 Disember 2019, kami dari group Kerinci 8H, Ping-Pong Kontena Nasional dan UTC/Ping-Pong Kg. Pandan sempat meluangkan masa dimajlis perkahwinan anak perempuan. Majlis in diserikan lagi dengan tetamu-tatamu dari kedua belah pengantin, namun kehadiran ketiga-tiga group ini sedikit sebanyak telah merapatkan yang jauh.
     
       Insyallah ia dapat berterusan dimasa-masa hadapan.

Friday, December 13, 2019

Semasa 19 - Pertemuan di UTC Puduraya, sempena Aidilfitri 2019



   Dari kiri: Zulkifli Pin, Yusof Yahaya, Ahmad Nordin, Wan Ahmad, Shamsuddin Rashid &  
Abang Om(sekadar gelaran)

         
         Tanggal 28 Oktober 2019 sempat menghadiri Rumah Terbuka KKBS di UTC Puduraya, dimana pertemuan kali ini membuka kembali nolstagia semasa melibatkan diri dalam sukan Ping Pong yang sekian lama terpisah dalam arus kehidupan harian.

         Sayugia dengan pertemuan kali ini membangkit kembali keinginan untuk bermesra kembali dalam sukan ini tidak kira dimana jika berkesempatan, insyallah

Sunday, November 4, 2012

Semasa 18 - Awana Genting Meet









   Pertemuan di hadiri oleh: Saudara Kamal, Aziz, Malek, Ahmad, Zul dan Sham







    Aktiviti terakhir dalam tahun ini, seperti tertera tajuk diatas. Setelah sekian lama menghilang, kini cubaan kembali semula menghidupkan bloq yang telah sekian lama sunyi dari segala berita dan khabar, namun digagahi jua ibarat patah sayap terbang jua, pertemuan yang di susun oleh saudara Ahmad Nordin melalui kenalan yang berkhidmat di Genting Highland.    Pertemuan di Genting Highland ini mungkin terakhir kerana kenalan beliau akan bertukar namun keceriaan tetap dipapar melalui kemesraan di antara kami...insyallah akan berterusan di lain kesempatan. 

Tuesday, October 2, 2012

Semasa 17 - Kompleks Sukan Titiwangsa





















Dari kir: Wan Ahmad, Shamsudin Rashid, Mohd Amirudin, Zulkifli Pin
Duduk: Yusoff, Hashim Daud, Amran Tawab, saudara Aziz

          Kehadiran semasa majlis perkahwinan anak lelaki saudara Burhan Basir, telah menemukan kami (Otai2) Ping-pong yang sekian lama tidak bertemu. Kesempatan ini di ambil dengan bertanya khabar dan juga perancangan masa depan.

          Terdapat ura-ura dari beberapa teman yang berhasrat ke Makasar, untuk mengadakan perlawanan persahabatan, yang di anggap sebagai menghubungkan silatulrahim dengan pemain-pemain seberang. Semoga perjumpaan seterusnya di Pesta Ping-Pong di Tanjung Malim yang sedang dalam ura-ura oleh saudara Tarmizi....insyaallah

Thursday, March 22, 2012

Nolstagia - 7 Bandar Tun Razak, Cheras

Dari kiri: Ariff, Zulkifli, Zainol Abidin, Shamsudin & Ahmad Nordin

          Hari demi hari, tahun demi tahun, namun jika telah di takdirkan semuanya terlaksana, walaupun kami telah begitu lama merancang untuk menemui sahabat lama yang begitu lama sama-sama berjuang dalam sukan Ping Pong.

          Hasrat untuk bertemu saudara Zainol Abidin Ahmad yang begitu lama dinanti kini berjaya di realisasikan pada malam 17.3.2012(sabtu), di kediaman beliau di bandar Tun Razak, Cheras, dengan jemputan undangan perkahwinan anak sulung beliau Firdaus. Kemesraan yang begitu lama hilang di antara kami terpancar kembali dengan beberapa topik perbualan masa dahulu dan masakini(masing2 terkenang akan Allahyarham Tuan Syed Khalid serta kawan yang lain bersama berjuang dalam sukan ini).

          Semoga pertemuan ini tidak terhenti disini sahaja, kerana malam masih muda!