Thursday, March 22, 2012

Nolstagia - 7 Bandar Tun Razak, Cheras

Dari kiri: Ariff, Zulkifli, Zainol Abidin, Shamsudin & Ahmad Nordin

          Hari demi hari, tahun demi tahun, namun jika telah di takdirkan semuanya terlaksana, walaupun kami telah begitu lama merancang untuk menemui sahabat lama yang begitu lama sama-sama berjuang dalam sukan Ping Pong.

          Hasrat untuk bertemu saudara Zainol Abidin Ahmad yang begitu lama dinanti kini berjaya di realisasikan pada malam 17.3.2012(sabtu), di kediaman beliau di bandar Tun Razak, Cheras, dengan jemputan undangan perkahwinan anak sulung beliau Firdaus. Kemesraan yang begitu lama hilang di antara kami terpancar kembali dengan beberapa topik perbualan masa dahulu dan masakini(masing2 terkenang akan Allahyarham Tuan Syed Khalid serta kawan yang lain bersama berjuang dalam sukan ini).

          Semoga pertemuan ini tidak terhenti disini sahaja, kerana malam masih muda!

No comments:

Post a Comment