Sunday, November 4, 2012

Semasa 18 - Awana Genting Meet









   Pertemuan di hadiri oleh: Saudara Kamal, Aziz, Malek, Ahmad, Zul dan Sham







    Aktiviti terakhir dalam tahun ini, seperti tertera tajuk diatas. Setelah sekian lama menghilang, kini cubaan kembali semula menghidupkan bloq yang telah sekian lama sunyi dari segala berita dan khabar, namun digagahi jua ibarat patah sayap terbang jua, pertemuan yang di susun oleh saudara Ahmad Nordin melalui kenalan yang berkhidmat di Genting Highland.    Pertemuan di Genting Highland ini mungkin terakhir kerana kenalan beliau akan bertukar namun keceriaan tetap dipapar melalui kemesraan di antara kami...insyallah akan berterusan di lain kesempatan. 

Tuesday, October 2, 2012

Semasa 17 - Kompleks Sukan Titiwangsa





















Dari kir: Wan Ahmad, Shamsudin Rashid, Mohd Amirudin, Zulkifli Pin
Duduk: Yusoff, Hashim Daud, Amran Tawab, saudara Aziz

          Kehadiran semasa majlis perkahwinan anak lelaki saudara Burhan Basir, telah menemukan kami (Otai2) Ping-pong yang sekian lama tidak bertemu. Kesempatan ini di ambil dengan bertanya khabar dan juga perancangan masa depan.

          Terdapat ura-ura dari beberapa teman yang berhasrat ke Makasar, untuk mengadakan perlawanan persahabatan, yang di anggap sebagai menghubungkan silatulrahim dengan pemain-pemain seberang. Semoga perjumpaan seterusnya di Pesta Ping-Pong di Tanjung Malim yang sedang dalam ura-ura oleh saudara Tarmizi....insyaallah

Thursday, March 22, 2012

Nolstagia - 7 Bandar Tun Razak, Cheras

Dari kiri: Ariff, Zulkifli, Zainol Abidin, Shamsudin & Ahmad Nordin

          Hari demi hari, tahun demi tahun, namun jika telah di takdirkan semuanya terlaksana, walaupun kami telah begitu lama merancang untuk menemui sahabat lama yang begitu lama sama-sama berjuang dalam sukan Ping Pong.

          Hasrat untuk bertemu saudara Zainol Abidin Ahmad yang begitu lama dinanti kini berjaya di realisasikan pada malam 17.3.2012(sabtu), di kediaman beliau di bandar Tun Razak, Cheras, dengan jemputan undangan perkahwinan anak sulung beliau Firdaus. Kemesraan yang begitu lama hilang di antara kami terpancar kembali dengan beberapa topik perbualan masa dahulu dan masakini(masing2 terkenang akan Allahyarham Tuan Syed Khalid serta kawan yang lain bersama berjuang dalam sukan ini).

          Semoga pertemuan ini tidak terhenti disini sahaja, kerana malam masih muda!