Wednesday, December 30, 2009

'Tribute" untuk Tuan Syed Khalid Syed Omar


Tuan Syed Khalid Syed Omar adalah merupakan seorang jurulatih sukan di Kementerian Belia & Sukan ketika itu (1978). Sebagai jurulatih sukan beliau mempunyai kepakaran & kemahiran dalam melatih atlet. Minat beliau dalam sukan ping-pong telah membawa peningkatan kepada beberapa pemain Melayu ketika itu dengan tertubuhnya

PPPSkg.Pandan.Dalam jangkamasa sepuluh tahun (1978-1988) beliau telah berjaya mengembangkan sukan ping-pong dikalangan kaum Melayu secara langsung atau tidak.


(Foto kiri: kiri, Mohd Amirudin kanan: Tuan Syed Khalid Syed Omar, ini adalah satu satunya foto yang terdapat dalam simpanan kami yang menunjukan imej beliau yang dirakam sekitar tahun 1981 di Jetty Tun Uda, Pulau Pinang. Di mohon siapa yang masih lagi menyimpan foto beliau , dapat menghubungi kami).


Tidak dapat dinafikan, kecemerlangan ini di teruskan oleh pemain-pemain atau bekas-bekas pemain yang bertindak sebagai pengerak kepada sukan ini pada masakini. Jasa besar beliau begitu tidaklah dapat dinilai dan jika beliau masih ada sehingga kini, tentulah beliau akan merasa bangga dengan hasil yang telah beliau tinggalkan. Kami sebagai pemain-pemain yang pernah mendapat tunjuk ajar darinya merasa amat terhutang budi dan juga kehilangan besar atas kembalinya ke rahmahtullah pada tahun 2004, Al-Fathihah.

Tuesday, December 29, 2009

Kesinambungan 2- Kelab Sukan dan Rekreasi Taman Maluri

Kampong Pandan sekali lagi menyaksikan kewujudan satu lagi kelab Ping-Pong, khusus untuk kaum Melayu iaitu Kelab Sukan & Rekreasi Taman Maluri.

Walaupun ia terletak di Taman Maluri, berjiran dengan Kg. Pandan tetapi boleh dikatakan kelangsungan ini adalah merupakan kesinambungan dari PPPSkg. Pandan dengan terdapatnya dua bekas pemain dari PPPkg.Pandan yang bergerak aktif (saudara Ahmad & Shamsudin). Kita mengharapkan kewujudan ini akan menyemarakan sukan ping-pong dikalangan Melayu, yang selama ini terpinggir namun kebelakangan ini dengan terdapatnya dua pemain Melayu dalam skuad kebangsaan, akan sedikit sebanyak dapat meningkatkan penglibatan Melayu dalam sukan yang suatu ketika di monopoli oleh kaum Cina. (Foto atas: Saudara Arif, Amir, Shamsudin, Tarmizi & Ahmad)

Ini ditambah kemeriahannya dengan ura-ura pemansuhan kategori "Perpaduan" dalam kejohanan kebangsaan dimasa akan datang. Telah sampai masanya pemansuhan ini dilaksanakan, kerana rata-rata mutu sukan Ping-Pong dikalangan Melayu nampak telah meningkat, walaupun kita masih dapati sukan yang "warnai" dalam negara kita seperti bolasepak & sepak takraw-Melayu, bolakeranjang & ping-pong-Cina, mudah-mudahan sinario ini akan berubah.

Friday, March 27, 2009

Aktiviti & Program










Foto-foto kenangan, diantaranya
UMNO Selangor, UMNO Malaysia,
MAKSAK Malaysia & Jemputan Melayu Negeri Kelantan



Penglibatan pemain-pemain yang begitu memberansangkan itu telah membuatkan Pusat Sukan mengadakan beberapa aktiviti dan program untuk dijayakan. Kategori dalam latihan yang diunjurkan telah mewujudkan persaingan yang hebat diantara pemain untuk kenaikkan ranking. Maka dari persaingan yang sihat ini akan di terjemahkan ke perlawanan-perlawanan di luar baik formal atau tidak.

Antara aktiviti dan program yang diikuti dan disertai ialah Non-Chinese open, UMNO Selangor & Malaysia, MAKSAK dan lain-lain pertandingan yang sempat disertai, serta lawatan-lawatan ke persatuan Ping-Pong negeri & daerah.

Wednesday, March 11, 2009

Kesinambungan 1- Pesta PP4M, Tg. Malim (7 - 8 Mac 2009)


























Pesta Ping Pong PP4M di Tanjong Malim 7 - 8 Mac 2009, yang lepas menampakkan kesinambungan kepada penglibatan beberapa ahli lama PPPSkg.Pandan di arena ping pong tempatan masakini.

Saudara Ahmad, Arif, Malik dan Amir, masih tidak ketinggalan memeriahkan pesta tersebut yang di hadiri dari rata-rata generasi lapis keempat dan kelima pemain-pemain ping pong Melayu.

Setinggi tinggi tahniah kepada saudara Tarmizi atas usaha beliau & rakan-rakan lain dalam penganjuran pesta ini.

Monday, March 2, 2009

Latihan

Hari demi hari, bulan demi bulan, sambutan yang begitu hebat diterima dari peminat dan pemain Ping Pong Melayu di sekitar Lembah Klang ini telah membuat jurulatih Kementerian, Syed Khalid merancang beberapa kaedah latihan yang sesuai ketika itu, seperti beberapa strok asas. Pada permulaan beberapa kumpulan diujudkan berdasarkan ranking pemain yang benar-benar komited.
Hasilnya, terdapat lima kumpulan yang pemain-pemain terpaksa bersaing secara perlawanan round robin. Ini adalah untuk memastikan tahap kecerdasan & mutu permainan meningkat dengan adanya semangat kompetitif ini.
Secara ringkas:

Sessi latihan harian bermula pada jam 5.00ptg. Mereka yang hadir dahulu akan memulakan larian di trek balapan dengan sessi memanaskan badan, sebelum kembali ke dewan diketika itu dapat memuatkan empat meja dengan suasana yang amat sesuai dengan permainan Ping Pong, kerana segala keperluan dan peralatan adalah dari Kementerian, dimana pemain-pemain hanya perlu membawa peralatan sendiri sahaja. Latihan strok atau drill mengikut kaedah latihan antarabangsa yang diperkenalkan oleh Syed Khalid amatlah berkesan, dengan peningkatan dan corak permainan yang dipamerkan oleh pemain-pemain yang hadir.
Apabila, selepas maghrib, kehadiran akan bertambah dengan pemain-pemain yang agak jauh dari pusat, ini menjadikan persaingan bertambah hebat kerana semua tidak akan sanggup melihat sahaja!.

Dimasa ini perlawanan round robin bermula dengan semaua pemain dapat bertemu dengan pemain yang lain, serta dapat mengukur kemampuan masing-masing. Kerancakan ini akan mulai perlahan, dengan pemain-pemain mulai balik sekitar jam 11.00pm, malah masih ramai yang tidak sedar esok adalah hari kerja. Kerangcakan ini tidak berakhir di sini sahaja, malah berpanjangan di warung makan dengan keenakan ABC Everest.
Sessi latihan hujung minggu bermula dengan para pemain memberi nama, justru menempah bilik-bilik yang terdapat diketika itu diPusat, untuk penginapan satu hari. Penginapan ini hanya kepada mereka yang tidak kesempatan untuk memulakan latihan yang akan bermula j
am 7.00pagi keesokannya. Kekosongan bilik-bilik ini adalah bergantung kepada pelatih-pelatih olahraga di bawah KOAM yang menjalani latihan diPusat Sukan itu juga. Ini kerana, sebagai Pusat Sukan di bawah kelolaan KKBS, semua atlit bertemu & menjalani latihan di sini. Kemeriahan ini begitu terasa dengan personaliti sukan negara seperti Hanafiah Nasir, Mumtaz Jaafar, Rabuan Pit dll. yang turut menjalani latihan.
Latihan pagi Sabtu & Ahad itu dimulai dengan Syed Khalid akan mencatit masa larian di sekeliling Pusat. Catitan itu amat penting, untuk memastikan peningkatan kecergasan stamina.
Selesai sarapan pagi, pemain-pemain kedewan, dengan segala aturan latihan kecergasan berikut menanti. Ini sedikit sebanyak akan memberi kelebihan kepada pemain yang hadir akan pentingnya latihan tambahan selain strok atau drill di meja. Selepas rehat round robin antara kumpulan dimulakan, sehinggalah waktu
makan tengahari, dimana sessi petang akan bersambung jam 2.00ptg hingga 5.00. Manakala jika ada pemain ingin menjalani latihan diwaktu malam, maka dimulai dari jam 7.00malam. Begitulah keesokan harinya.
Sesuatu yang unik dimasa dan ketika itu, ialah para pemain hanya bercakap atau berbual dalam satu bahasa sahaja, iaitu bahasa 'PING PONG'. Ini adalah kerana segala aspek perkara yang bersangkutan dengannya di bahas & di bincangkan, umpama forum tidak rasmi.

Saturday, February 28, 2009

Latar Belakang
















Foto-foto kenangan suasana di Pusat Sukan Kg. Pandan




Kelab-kelab Ping Pong Melayu yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ketika ini memberi tanda positif kearah kemajuan sukan ini dikalangan masyarakat Melayu, sekaligus sukan Ping-Pong dan kepada negara.

Seperkara yang kita ketahui, peningkatan permainan ping-pong dikalangan Melayu masakini bukanlah perkara baru, di akhir tahun 70an (1978) telah wujud kelab ping-pong di Pusat Sukan Kg. Pandan. Pusat Sukan Kg. Pandan adalah merupakan antara kelab ping-pong Melayu yang terawal di Lembah Klang, walaupun sebelum ini telah wujud kelab ping-pong di Kg. Baru (warong Suraya).

Kewujudan PPPSkg. Pandan, yang dipelupori oleh seorang jurulatih sukan dari Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan, iatu saudara Syed Khalid Syed Omar, adalah merupakan kelab ping-pong yang lebih tersusun & sistematik, yang seumpamanya dikalangan kelab ping-pong Melayu. Beliau telah mengubah senario sukan ping-pong dikalangan Melayu ketika itu.

Beliau yang begitu komited telah berjaya mencorak struktur latihan ping-pong ketika itu dengan memasukan beberapa sukatan latihan secara sistematik berpandukan sukatan latihan Kementerian, ini adalah kerana sebagai jurulatih Kementerian beliau telah menjelajah ke serata negara, dengan menghadiri seminar dan perbincangan diperingkat antarabangsa dalam sukan ini. Segala buah fikiran dan pendekatan yang berguna dibawa dan dipraktikkan di Pusat Sukan Kg. Pandan. PPPSKg.Pandan telah berkembang dengan pesat. Ini ditambah dengan beberapa kemudahan ping pong yang di tambah dan di naik taraf, seperti Stiga Robot dan "fitness mechine" yang di impot dari German.

Kemasyuran PPPSKg. Pandan, telah mengundang & menarik ramai peminat & pemain ping-pong dari segenap Lembah Kelang, seperti Klang, Shah Alam, Selayang, Cheras, Gombak dll. untuk datang bagi menimba ilmu & pengetahuan dalam sukan ini.

Kita tidak hairan, hari ini kita telah mendapat buah dan hasilnya dengan kemunculan Mohd Syakirin & pemain-pemain lain yang sedang meningkat, dimana ketika itu saudara Ibrahim telah mengorak langkah berjinak-jinak dengan PPPSKg.Pandan, justru berjaya melatih anaknya keperingkat yang ada sekarang, setinggi tahniah kepada saudara Ibrahim, diharap laluan ini akan dilalui bersama oleh pemain-pemain yang lain.