Saturday, December 14, 2019

Semasa 21 - Dapatkah di ujudkan Kelab Ping-Pong diMasjid Al-Hidayah, Kelana Jaya.


Pengemar-pengemar Ping-Pong di perkarangan masjid di sebelah petang, setelah solat Asar.

          Pada 6 Oktober 2019(Ahad), sempat saya merakam suasana keadaan di Masjid al-Hidayah, yang merupakan antara masjid dalam kariah Kelana Jaya. Keadaan yang tidak menjadi kebiasaan dalam permainan Ping-Pong, namun dapat di mengertikan bahawa inilah suasana bagi kita, apabila mula berjinak dengan sukan ini di awal dulu.

          Terpanggil saya untuk melibatkan diri, tetapi ia adalah merupakan satu misi yang bukan sedikit, apabila pernah dahulu menwujudkan kelab Ping-Pong untuk pelajar kolej Swasta.

          Hanya keadaan dapat menentukan, kerana di usia dan tahap kesihatan terkini akan menentukan.

Semasa 20 - Yang Jauh didekatkan.

       

    Antara dari group Kerinci 8H, Ping-Pong Kontena Nasional dan UTC/Ping-Pong 
    Kg. Pandan yang hadir.




       Bertempat di Dewan Secita, pada hari Sabtu, 7 Disember 2019, kami dari group Kerinci 8H, Ping-Pong Kontena Nasional dan UTC/Ping-Pong Kg. Pandan sempat meluangkan masa dimajlis perkahwinan anak perempuan. Majlis in diserikan lagi dengan tetamu-tatamu dari kedua belah pengantin, namun kehadiran ketiga-tiga group ini sedikit sebanyak telah merapatkan yang jauh.
     
       Insyallah ia dapat berterusan dimasa-masa hadapan.

Friday, December 13, 2019

Semasa 19 - Pertemuan di UTC Puduraya, sempena Aidilfitri 2019



   Dari kiri: Zulkifli Pin, Yusof Yahaya, Ahmad Nordin, Wan Ahmad, Shamsuddin Rashid &  
Abang Om(sekadar gelaran)

         
         Tanggal 28 Oktober 2019 sempat menghadiri Rumah Terbuka KKBS di UTC Puduraya, dimana pertemuan kali ini membuka kembali nolstagia semasa melibatkan diri dalam sukan Ping Pong yang sekian lama terpisah dalam arus kehidupan harian.

         Sayugia dengan pertemuan kali ini membangkit kembali keinginan untuk bermesra kembali dalam sukan ini tidak kira dimana jika berkesempatan, insyallah