Wednesday, December 7, 2011

Semasa 16 - Pertandingan Ping Pong, "OnCreativity".

Antara pelajar yang menyertai pertandingan
Pemenang tempat pertama Mohd Safri

Pemenang tempat kedua
          Memulakan sesebuah kelab Ping Pong, adalah satu langkah yang bukan mudah, apalagi ia melibatkan kos dan motivasi ahli-ahli kelab. Ini mungkin nampak senang di peringkat orang dewasa, yang tahu hala tuju yang sedang dan akan dilalui, namun kepada pelajar adalah jauh berbeza. Ia memakan waktu dan ruang lingkup kesedaran serta penunjuk aras yang hendak di tuju.

          Bermula dari sini segala usaha telah dilaksanakan, maka salah satu dari usaha tersebut ialah menganjurkan pertandingan di kalangan pelajar, yang dikira, telah membuahkan hasil, tetapi masih jauh dari segi kemahiran serta pertanding diluar. Pertandingan yang dijalankan bagi kategori persaorangan telah menampakkan 24 penyertaan dan akan di tingkatkan dari semasa-kesemasa.

           Dimasa hadapan acara bergu dan berpasukan pula akan dipertandingkan. Walaupun semua ini adalah untuk kebaikan dan peningkatan pelajar, namun oleh kerana tiadanya bantuan ke
wangan, maka ia terpaksa dihadkan.

Wednesday, August 31, 2011

Semasa 15 - Kg. Che Zainal (Chemor Perak)

Dari kiri: Saudara Hashim Bahari, Akhrir, Aru, Amin belakang Halil

           Jauh didekatkan, dekat dimesrakan dan mesra diserasikan, mungkin itu kata-kata terbaik yang dapat diungkapkan setelah kami 25 tahun tidak bertemu. Dikumpulkan dibawah satu bumbung semasa zaman bujang dibangunan Siewdor, (Brickfield) dan di Flat Kg. Kerinci ditahun 1977-1985. Dikala itu kami amat bergiat dalam sukan Ping Pong, walaupun hanya saudara Ahmad Nordin tetapi kebanyakan yang lain bergiat dalam sukan hoki. Pertemuan ini berjaya direalisasikan, semasa bertemu dengan saudara Hashim Bahari, yang kebetulan menantunya mengenali saudara akhrir yang kini berkhidmat di Jabatan RELA, Perak.

          Menjalani kehidupan bujang di kedua-dua lokasi ini telah membuahkan banyak kenangan pahit manis, apabila banyak perkara yang menjadi topik perbualan, setelah sekian lam tidak bertemu, insyallah ada rancangan untuk mengadakan "reunion" ditempat yang sama.

Sunday, May 8, 2011

Semasa 13 - Di Dewan Serbaguna Bangsar


          Kerapkali segala pertemuan tidak dirancang, begitulah yang belaku semasa majlis persandingan kedua-dua anak kenalan semasa di PPPSKP, saudara Malek atau biasa di panggil "MIKE".

          Di dewan serbaguna ini pertemuan sahabat-sahabat Ping Pong yang lain sedikit sebanyak telah dapat bertukar maklumat. Group ini mempunyai pengalaman dan penceritaan yang tersendiri. Menjadi "duta" kecil Ping Pong dikalangan pemain Ping Pong ke serata pelusuk Nusantara, ke Bali, Surabaya, Jakarta, Medan, Batam, Sulawesi, Bandung dan terkini akan ke Balikpapan Borneo.

          Apa yang menarik saudara-saudara ini adalah pemain-pemain di pertengahan permainan bukanlah dari level negeri atau kebangsaan, tetapi tegak diatas perjuangan sukan Ping-Pong telah membawa mereka keserata Nusantara.

          Satu usaha murni yang menjadi contoh kepada kelab-kelab yang lain, semoga dapat di banyakkan jumlah untuk menjadi 'duta" seterusnya, insyallah!

Tuesday, February 15, 2011

Semasa 12 - Kelab Ping Pong, Meru






          Dalam kesibukan mengharungi tugas seharian, namun menjalin silatulrahim dalam sukan Ping Pong tidak mengenal sempadan. Ini di realisasikan pada hari Ahad lepas apabila kunjungan ke kelap Ping Pong membuahkan hasil, walaupun sekadar perlawanan persahabatan dan hanya dapat dihadiri beberapa ahli kelab.

          Rancangan yang tidak dirancang samasekali berjalan dengan lancar dengan pertukaran tip-tip permainan yang menfaat kedua-dua belah pihak. Ini memberi ruang kepada saudara Muhamad Majid yang datang dari Serendah, semata-mata untuk tujuan ini, syabas kepada semua!.

Wednesday, January 26, 2011

Semasa 11 - Kelab Sukan & Rekreasi, Tmn. Maluri, Cheras



Terdahulu telah dicatitkan bahawa kesinambungan dari PPPSKP telah wujud sebuah kelab di kawasan kg. Pandan, itu Kelab Sukan & Rekreasi Taman Maluri, bersebelahan dengan kg. Pandan. Kelab ini berjaya dikembangkan dengan kehadiran beberapa pemain yang boleh diketenggahkan serta berjaya menganjurkan beberapa kejohanan.

Kelangsungan dari era PPPSKP telah sedikit sebanyak telah menyemarakan sukan Ping Pong di Milenium baru ini, dengan kemunculan beberapa pemain muda serta berbakat, justru menampakan perkembangan yang amat positif di kalangan kelab Ping Pong Melayu. Di harap AJK kelab akan lebih komited dalam pengajuran kejohanan di tahun 2011 ini, untuk melahirkan lebih ramai pemain-pemain yang berbakat.